Followers

Thursday, November 3, 2011

KISAH KUCING DAN MANUSIA

Ketika malam menerangi bumi dengan kegelapannya. Di lorong gelap , terlihat seekor kucing yang tubuhnya seolah menggigil-gigil kesejukan. Dengan hanya sekali pandang, rasa belas kasihan terus menyelimuti seorang hamba Allah yang bernama Abdullah Najmee. "Comelnya kucing ini tapi kasihan kucing ni seolah-olah terbiar dan sedang sakit" getus hati Najmee. Rasa kasihnya pada ciptaan Allah yang bernama kucing itu membuatkan dia memutuskan untuk membawa kucing itu balik ke rumah sewanya.

Setibanya di rumah, Ali dan Samad teman serumahnya sudah tidur akibat kepenatan. Melihat teman serumahnya tidur, Najmee terus membersihkan kucing tersebut, memberikannya friskies yang dibelinya ketika jalan pulang ke rumah di kedai Pak Mat. Setelah selesai, dia membelai-belai kucing tersebut dengan penuh kasih sayang. Lalu, kucing itu diberikan nama olehnya Tuah. Tuah ialah seekor kucing yang sangat comel, putih bersih bulunya dan biru matanya. Najmee rasa bertuah menjumpai Tuah kerana dia sememangnya sebelum ini sangat-sangat berkeinginan untuk membela kucing dan seolah-olah Tuah ditakdirkan untukknya. Malam itu, Najmee sempat bermanja-manja dengan Tuah sebelum dia melelapkan mata.

Keesokan harinya, dia bersiap awal untuk ke kelas dan pada hari itu Samad tiada kelas. Najmee meminta tolong Samad untuk menjaga sebentar Tuah semasa ketiadaannya. Samad ialah seorang yang agak sosial. Dia sering kali meremehkan perintah Allah, dia akan solat jika moodnya sampai.. walaupun banyak kali Najmee menasihati Samad, namun usaha itu seolah bagai menjirus air ke daun keladi..Samad yang berasa bosan pada hari itu pun melayanlah kucing yang bernama Tuah. Samad pun memberikan Tuah makanannya, membelai Tuah, serta memandikan Tuah, kelihatan amat mesra sekali Tuah dan Samad. Penat melayan Tuah, Samad pun tertidur...

Sedar sahaja dari tidur, dia melihat lantai rumahnya ada najis ! hatinya geram. "siapalah yang buat najis ni. Haiiihh !" amarahnya turut terbangun dari lena. Dilihat olehnya najis yang berterabur di lantai rumahnya najis kucing.. dia terus mencari Tuah.. amarahnya semakin membuak.. hatinya terbakar.. kucing yang diberi makanan, dimandikan, dibelai-belai sebentar tadi olehnya membuat najis dirumahnya.. hatinya geram segeramnya..

Setelah Tuah dijumpai.. Samad yang sedang dikuasai kemarahannya terus menyepak Tuah menggunakan kaki.. terlihat Tuah terpelanting di belakang almari.. kucing itu merengek kasihan.. tetapi tidak dihiraukan oleh Samad. Dia terus memukul Tuah.. baginya Tuah tidak mengenang jasa, membawa sial, membawa malang.. Tuah yang badannya tidak segagah Samad semakin tenat. Tuah seolah-olah semakin lemah.. matanya yang biru dipenuhi darah merah yang membuak-buak.. melihat Tuah seperti itu, Samad terus mencekik Tuah dan mencampakkanya di belakang rumahnya..hatinya puas memperlakukan Tuah sebegitu.. akibat nafsu menguasai, akal yang waras tidak lagi berfungsi..

Pada petangnya, Najmee pulang ke rumah, dia mencari-cari Tuah di pelusuk rumahnya. Samad ketika itu hanya mendiamkan diri..

"Samad, mana Tuah?mana?"

"entah, tak tahu. Cubalah cari kat luar rumah ke belakang rumah ke"

Namjee pun keluar rumah untuk mencari Tuah. Cari dan terus mencari akhirnya kelihatan Tuah yang tubuhnya terkujur kaku dan lalat menghinggapi.. "Ya Allah ! kenapa dengan Tuah ni ?!" Hatinya meraung melontarkan satu persoalan..

dia terus ke dalam rumah dan bertanya kepada Samad.. Samad sengaja memekakkan telinganya.. setelah didesak Samad bersuara juga.

"tadi pagi aku bagi Tuah makan, aku mandikan Tuah, aku belai dia dengan baik-baik tapi di balas najis pula. Tuah buat najis bersepah merata di rumah kita tadi. . kucing tu memang bawa malang lah ! tak kenang budi ! pastu aku campak la dia kat luar sana.."

"Ha?! Sanggup kau buat macam tu kat makhluk ciptaan Allah yang comel tu? Kau ni manusia atau kucing tu manusia? Kucing tu kan tidak ada akal. Knapa kau pun bertindak seolah tiada akal?"

"alah, dah kucing tu buat perangai, aku pun buat perangailah"

"Samad oh samad, knapalah kau macam ni.. baiklah. Kalau kau kata itu sebegitu, Tuah tak mengenal budi, pembawa sial..pernah tak kau terfikir? Allah telah memberikan pelbagai bentuk kasih sayangNya kepada kita, memberi kita segala-galanya, segala nikmat yang kita kecapi semuanya datang dari Allah. Tapi kita kerap saja menabur najis-najis dosa di muka bumi milikNya ini.. kita tak pernah cuba untuk membalas kasih sayang Allah itu dengan ketaatan kepadanya.. kalau begitu, kita ni lebih teruk dari Tuah itu kau tahu tak? !, kenapa kau begitu kejam terhadap makhluk ciptaan Allah sedangkan Allah tidak pernah kejam kepada kita yang juga makhluk ciptaanNya. Mengapa? Mengapa?"

Samad tertunduk diam.. hatinya terketuk dengan kata-kata Najmee.. dia benar-benar menyesal.. dia mengatakan Tuah pembawa malang, Tuah tidak kenang jasa.. tetapi kata-kata tersebut seolah berdesing di telinganya kembali.. dialah yang tidak mengenang jasa.. jasa Allah kepadanya.. selama ini dia selalu mengentengkan segala suruhan Allah, namun Allah tak pernah mengentengkan kepada dia segala nikmat, nikmat oksigen, nikmat akal, nikmat mata, mulut, memang tidak terhitung nikmat yang Allah beri.. kini, dia sedar akan kehilafannya.. dia tertunduk sambil airmata penyesalan terbersit dari kelopak matanya.. dia sedar dia lebih teruk dari Tuah, Allah telah memberinya pelbagai nikmat, dia membalasnya dengan pengingkaran terhadap Allah, kelalaian terhadap perintahNya dan dosa-dosa yang mengotorkan bumi milik Allah.. dia membayangkan jika Allah memperlakukannya sepertimana dia memperlakukan Tuah. Hatinya merintih-rintih.. kejadian tersebut benar-benar membawa sinar baru kepadanya. Walaupun turut sedih kehilangan Tuah, Najmee menganggap peristiwa Tuah itu memberi pengajaran yang sangat berguna, terutamanya kepada teman serumahnya itu.. Allah sentiasa mengaturkan yang terbaik untuk hambaNya..

No comments:

Post a Comment