Followers

Wednesday, November 2, 2011

JANGAN BENCI KUCING

Khairul seorang yang sangat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan ilahi. Khairul bertemu jodoh dengan Liza yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu saja, sebelum berkahwin dengan Khairul, Liza sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka, hari kehari bertambah benci dan meluatlah Khairul pada kucing terutama si Booo, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Liza lebih memberi tumpuan kepada si Booo dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Khairul beranggapan bahawa Liza lebih sayangkan si Booo berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan itu. Khairul membuat rancangan untuk mengusir si Booo dari hidupnya dan isterinya, Liza. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Khairul.

Pucuk dicita ulam mendatang. Ketika isterinya sedang asyik mandi. Khairul tanpa segan silu telah menagkap si Booo, disumbat dalam karung guni. Tanpa berlengah, terus merempit dengan motornya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Booo tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia kerumah dengan siulan mengikut rentak lagu cindai naynyian siti nurhaliza.

Tetapi kegembiraan hanyalah sementara, bila tiba dirumah si Booo dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Khairul. sakitnya hati Khairul tidak dapat digambarkan.

Besoknya Khairul meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Booo, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam si Booo mendahuluinya pulang ke rumah. Khairul tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang menyeluk pekasam biar habis basah hingga ke pangkal lengan.

Maka, nekadlah Khairul, kali ini dia bkan sahaja hendak buang Booo lagi jauh tapi dibawanya Booo pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh, habis dirempitnya dan akhirnya si Booo dibuang begitu sahaja.

Selang beberapa minit kemudian Khairul menelefon Liza,

Khairul: Sayang, Booo ada kat dalam rumah tak, tanya Khairul yang penuh suspen dan berdebar-debar..

Liza: Ada, ada kat depan pintu tu ha, kenapa? Tanya Liza kehairanan.

Khairul: Panggil dia, herdik Khairul dengan nada yang tinggi..

Liza: Kenapa tanya Liza lagi.

Khairul: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah.. aku sesat ni...

No comments:

Post a Comment