
Ketika malam menerangi bumi dengan kegelapannya. Di lorong gelap , terlihat seekor kucing yang tubuhnya seolah menggigil-gigil kesejukan. Dengan hanya sekali pandang, rasa belas kasihan terus menyelimuti seorang hamba Allah yang bernama Abdullah Najmee. "Comelnya kucing ini tapi kasihan kucing ni seolah-olah terbiar dan sedang sakit" getus hati Najmee. Rasa kasihnya pada ciptaan Allah yang bernama kucing itu membuatkan dia memutuskan untuk membawa kucing itu balik ke rumah sewanya. Setibanya di rumah, Ali dan Samad teman serumahnya sudah tidur akibat kepenatan. Melihat teman serumahnya tidur, Najmee terus membersihkan kucing tersebut, memberikannya friskies yang dibelinya ketika jalan pulang ke rumah di kedai Pak Mat. Setelah selesai, dia membelai-belai kucing tersebut dengan penuh kasih sayang. Lalu, kucing itu diberikan nama olehnya Tuah. Tuah ialah seekor kucing yang sangat comel, putih bersih bulunya dan biru matanya. Najmee rasa bertuah menjumpai Tuah kerana dia sememangnya sebelum ini sangat-sangat berkeinginan untuk membela kucing dan seolah-olah Tuah ditakdirkan untukknya. Malam itu, Najmee sempat bermanja-manja dengan Tuah sebelum dia melelapkan mata.
Keesokan harinya, dia bersiap awal untuk ke kelas dan pada hari itu Samad tiada kelas. Najmee meminta tolong Samad untuk menjaga sebentar Tuah semasa ketiadaannya. Samad ialah seorang yang agak sosial. Dia sering kali meremehkan perintah Allah, dia akan solat jika moodnya sampai.. walaupun banyak kali Najmee menasihati Samad, namun usaha itu seolah bagai menjirus air ke daun keladi..Samad yang berasa bosan pada hari itu pun melayanlah kucing yang bernama Tuah. Samad pun memberikan Tuah makanannya, membelai Tuah, serta memandikan Tuah, kelihatan amat mesra sekali Tuah dan Samad. Penat melayan Tuah, Samad pun tertidur...
Sedar sahaja dari tidur, dia melihat lantai rumahnya ada najis ! hatinya geram. "siapalah yang buat najis ni. Haiiihh !" amarahnya turut terbangun dari lena. Dilihat olehnya najis yang berterabur di lantai rumahnya najis kucing.. dia terus mencari Tuah.. amarahnya semakin membuak.. hatinya terbakar.. kucing yang diberi makanan, dimandikan, dibelai-belai sebentar tadi olehnya membuat najis dirumahnya.. hatinya geram segeramnya..
Setelah Tuah dijumpai.. Samad yang sedang dikuasai kemarahannya terus menyepak Tuah menggunakan kaki.. terlihat Tuah terpelanting di belakang almari.. kucing itu merengek kasihan.. tetapi tidak dihiraukan oleh Samad. Dia terus memukul Tuah.. baginya Tuah tidak mengenang jasa, membawa sial, membawa malang.. Tuah yang badannya tidak segagah Samad semakin tenat. Tuah seolah-olah semakin lemah.. matanya yang biru dipenuhi darah merah yang membuak-buak.. melihat Tuah seperti itu, Samad terus mencekik Tuah dan mencampakkanya di belakang rumahnya..hatinya puas memperlakukan Tuah sebegitu.. akibat nafsu menguasai, akal yang waras tidak lagi berfungsi..
Pada petangnya, Najmee pulang ke rumah, dia mencari-cari Tuah di pelusuk rumahnya. Samad ketika itu hanya mendiamkan diri..
"Samad, mana Tuah?mana?"
"entah, tak tahu. Cubalah cari kat luar rumah ke belakang rumah ke"
Namjee pun keluar rumah untuk mencari Tuah. Cari dan terus mencari akhirnya kelihatan Tuah yang tubuhnya terkujur kaku dan lalat menghinggapi.. "Ya Allah ! kenapa dengan Tuah ni ?!" Hatinya meraung melontarkan satu persoalan..
dia terus ke dalam rumah dan bertanya kepada Samad.. Samad sengaja memekakkan telinganya.. setelah didesak Samad bersuara juga.
"tadi pagi aku bagi Tuah makan, aku mandikan Tuah, aku belai dia dengan baik-baik tapi di balas najis pula. Tuah buat najis bersepah merata di rumah kita tadi. . kucing tu memang bawa malang lah ! tak kenang budi ! pastu aku campak la dia kat luar sana.."
"Ha?! Sanggup kau buat macam tu kat makhluk ciptaan Allah yang comel tu? Kau ni manusia atau kucing tu manusia? Kucing tu kan tidak ada akal. Knapa kau pun bertindak seolah tiada akal?"
"alah, dah kucing tu buat perangai, aku pun buat perangailah"
"Samad oh samad, knapalah kau macam ni.. baiklah. Kalau kau kata itu sebegitu, Tuah tak mengenal budi, pembawa sial..pernah tak kau terfikir? Allah telah memberikan pelbagai bentuk kasih sayangNya kepada kita, memberi kita segala-galanya, segala nikmat yang kita kecapi semuanya datang dari Allah. Tapi kita kerap saja menabur najis-najis dosa di muka bumi milikNya ini.. kita tak pernah cuba untuk membalas kasih sayang Allah itu dengan ketaatan kepadanya.. kalau begitu, kita ni lebih teruk dari Tuah itu kau tahu tak? !, kenapa kau begitu kejam terhadap makhluk ciptaan Allah sedangkan Allah tidak pernah kejam kepada kita yang juga makhluk ciptaanNya. Mengapa? Mengapa?"
Samad tertunduk diam.. hatinya terketuk dengan kata-kata Najmee.. dia benar-benar menyesal.. dia mengatakan Tuah pembawa malang, Tuah tidak kenang jasa.. tetapi kata-kata tersebut seolah berdesing di telinganya kembali.. dialah yang tidak mengenang jasa.. jasa Allah kepadanya.. selama ini dia selalu mengentengkan segala suruhan Allah, namun Allah tak pernah mengentengkan kepada dia segala nikmat, nikmat oksigen, nikmat akal, nikmat mata, mulut, memang tidak terhitung nikmat yang Allah beri.. kini, dia sedar akan kehilafannya.. dia tertunduk sambil airmata penyesalan terbersit dari kelopak matanya.. dia sedar dia lebih teruk dari Tuah, Allah telah memberinya pelbagai nikmat, dia membalasnya dengan pengingkaran terhadap Allah, kelalaian terhadap perintahNya dan dosa-dosa yang mengotorkan bumi milik Allah.. dia membayangkan jika Allah memperlakukannya sepertimana dia memperlakukan Tuah. Hatinya merintih-rintih.. kejadian tersebut benar-benar membawa sinar baru kepadanya. Walaupun turut sedih kehilangan Tuah, Najmee menganggap peristiwa Tuah itu memberi pengajaran yang sangat berguna, terutamanya kepada teman serumahnya itu.. Allah sentiasa mengaturkan yang terbaik untuk hambaNya..
Khairul seorang yang sangat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan ilahi. Khairul bertemu jodoh dengan Liza yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu saja, sebelum berkahwin dengan Khairul, Liza sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka, hari kehari bertambah benci dan meluatlah Khairul pada kucing terutama si Booo, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Liza lebih memberi tumpuan kepada si Booo dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Khairul beranggapan bahawa Liza lebih sayangkan si Booo berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan itu. Khairul membuat rancangan untuk mengusir si Booo dari hidupnya dan isterinya, Liza. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Khairul.
Pucuk dicita ulam mendatang. Ketika isterinya sedang asyik mandi. Khairul tanpa segan silu telah menagkap si Booo, disumbat dalam karung guni. Tanpa berlengah, terus merempit dengan motornya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Booo tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia kerumah dengan siulan mengikut rentak lagu cindai naynyian siti nurhaliza.
Tetapi kegembiraan hanyalah sementara, bila tiba dirumah si Booo dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Khairul. sakitnya hati Khairul tidak dapat digambarkan.
Besoknya Khairul meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Booo, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam si Booo mendahuluinya pulang ke rumah. Khairul tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang menyeluk pekasam biar habis basah hingga ke pangkal lengan.
Maka, nekadlah Khairul, kali ini dia bkan sahaja hendak buang Booo lagi jauh tapi dibawanya Booo pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh, habis dirempitnya dan akhirnya si Booo dibuang begitu sahaja.
Selang beberapa minit kemudian Khairul menelefon Liza,
Khairul: Sayang, Booo ada kat dalam rumah tak, tanya Khairul yang penuh suspen dan berdebar-debar..
Liza: Ada, ada kat depan pintu tu ha, kenapa? Tanya Liza kehairanan.
Khairul: Panggil dia, herdik Khairul dengan nada yang tinggi..
Liza: Kenapa tanya Liza lagi.
Khairul: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah.. aku sesat ni...
Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu membentuk sayap.
Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tu tak menggangu kehidupan anak kucing tu.
Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi,China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.
Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.
“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.

Suatu petang di rumah konkrit milik seorang jutawan bergelar datuk, 3 ekor tikus kembar bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual tembirang.
Tikus 1: Ahad lepas, ketika saya berjalan di kebun bunga di belakang dapur, saya terjumpa perangkap tikus. Ceh! Tuan rumah ini mo perangkap saya konon. Sekali saya tendang perangkap itu, terus terbang nuuun seberang jalan..padan muka perangkap bodoh itu.
Tikus 2: Saya pulak, masa menyelongkar di almari kayu depan kita itu, saya terjumpa setin racun tikus yang masih segar. Apa lagi, terus saya makan hampir habis. Bakinya saya tabur dalam beras bawah almari tu. Padan muka depa, tengok la sapa mati. Saya ok lagi nie, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.
Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.
Tikus 3: Korang nampak tak kucing mengandung yang baring bawah kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2 bulan. Kalau korang nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah zuriat aku le tu… … hehehe..
Percaya atau tak, sebenarnye kucing kesayangan korang terlibat dalam satu konspirasi untuk membunuh korang. Diorang pun tak dapat tolong korang, sebab tu memang dah jadi tabiat diorang. Tak percaya? Cuba tengok tanda-tanda ni…. kalau kucing kesayangan korang ade sikap-sikap macam ni, baik korang hati-hati..huhu 




Firstly EJA nak berterima kasih kepada semua kerana sudi berkunjung ke laman akupecintakucing. Hari ni EJA nak ucapkan SALAM AIDIL ADHA buat family EJA yang tercinta dan akan tetap ada di hati EJA, buat insan yg EJA sayang iaitu En. KhairuL, semua teman-teman yg EJA sayang sesangat dan sewaktu dengannya, semoga aidil adha yg bakal menjelma ini memberi kita suatu kekuatan untuk mencapai apa yg kita impikan. Thn ni adalah thn ke 3 EJA tak dapat balik menyambut aidil adha bersama keluarga yg tercinta. Kali ketiga sejarah ini berulang. Dan ia telah berulang lagi. Walaupun EJA jauh dari mata mereka, tetapi dalam hati EJA mereka tetap ada. EJA masih ingat satu kata-kata seseorang iaitu 'SEJAUH MANAPUN KITA MELANGKAH, WALAU DI BUMI MANA PUN KITA TERCAMPAK, KELUARGA PERLU TETAP DI HATI KERANA KELUARGA ADALAH SEGALA-GALANYA. HIDUP ANDA AKAN JADI GELAP JIKA ANDA MELUPAKAN KELUARGA ANDA.' Keluargalah pelengkap kepada segala kehidupan kita di dunia ini. Tanpa keluarga tak mungkin anda mampu berjaya seperti sekarang. Bagi yg belum berjaya, usah berputus asa, kerana percayalah, dihadapan anda ada satu SINAR yang akn menerangi hidup anda. Jika anda percaya pada diri anda dan tak mudah menyerah kalah, percayalah.. SINAR itu akan datang pada anda tanpa anda undang. Bagi teman-teman yg beraya tanpa orang tersayang disisi pada hr raya aidil adha thn ini, usahlah bermuram, kecewa dan berduka lara, sebenarnya ALLAH nak bagi kita sesuatu yang orang lain tak pernah lalui dan kenangan itu sentiasa mengajar kita bertapa indahnya sebuah kehidupan. Berterima kasihlah kepada Pencipta Anda, kerana anda masih mampu untuk menikmati AIDIL ADHA utk thn 2011. Dan seperti mana yg EJA selalu dgr dr kata orang tua-tua, ' BARANG YANG LEPAS JANGAN DI KENANG" <----- seperti mana yang EJA faham adalah, pengalaman yg pahit yg pernah menimpa diri kita sblum ini jgnlah dikenang @ diingat kembali Kerana perjalanan hidup kita masih panjang. Begitu juga dgn kenangan, apa yg manis kita simpan dalam kotak hati kita dan apa yg pahit kita buang jauh ke dasar lautan yg dalam. Dan jika benar kenangan yg pahit itu ingin kita simpan, maka ubahlah kenangan pahit itu sebagai sebuah sumber kekuatan untuk kita menjalani hari-hari mendatang dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata dari EJA, bergembiralah di hari raya ini & tak mau sedih-sedih tau. EJA sayang korang semua. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA.



“Eeii… benci! Benci!” jerit aku sambil memasamkan muka. Aqilah menoleh. Dia mengerutkan dahinya.
“Apa yang kau benci ni?” soal Aqilah hairan.
“Mamat sebelah tulah!” kata aku sambil memuncungkan mulut. Rasa geram masih tidak hilang apabila mengingatkan peristiwa tadi.
“Hah! Kenapa dengan mamat sebelah tu?” Aqilah mengangkat kening.
“Hisy! Ada ke patut dia baling selipar kat kepala aku? Mamat hampeh betul!” dengusku geram. Aku mengepal-ngepal penumbuk, seolah-olah mahu menumbuk mamat hampeh itu.
“Iya ke? Hahah! Kelakarnya!” Aqilah sudah tergelak-gelak. Mata aku terbeliak memandangnya.
“Hotak kau kelakar!” sergah aku membuatkan Aqilah terdiam.
“Alah, itu pun nak marah! Lagipun, tak baik gaduh-gaduh. Nanti kahwin baru tahu!” kata Aqilah membuatkan mulutku tercebik sendiri.
“Tak hingin aku dengan mamat hampeh tu. Kau ingat aku nak sangat ke dengan dia?” Geramku masih bersisa. Aqilah hanya tersengih.
“Okay. We’ll see that!”
****************************************
“Ish, kucing mana pulak yang masuk rumah aku ni? Tompok ni ada skandal agaknya!” bisik aku sendirian apabila ternampak Tompok sedang bermadu kasih dengan seekor kucing betina.
“Lia! Kucing siapa yang kau bawak balik tu? Tak sangka aku, kucing pun ada hubungan sulit rupanya!” kata Aqilah membuatkan aku geram sendiri. Pantas aku mengetuk kepalanya.
“Hotak kau hubungan sulit! Kucing pun macam kita jugak. Dia pun nak ada anak. Apalah!” Aku menjeling. Aqilah menggosok-gosok kepalanya.
“Ish, aku tahulah! Tapi tak payahlah ketuk-ketuk kepala aku! Sakit tahu tak!” marah Aqilah. Aku buat selamba. Seolah-olah tidak takut dengan Aqilah.
“Dah. Aku nak kau halau kucing betina tu. SE-KA-RANG!” kataku satu per satu. Aqilah mencebik mendengarnya.
“Amboi! Banyak cantik! Tu kucing kau ke kucing aku ni?” Aqilah menjegilkan matanya kepadaku.
“Ye, aku tahulah tu kucing aku! Aku nak masak special hari ni. Kau nak kan? Kalau kau nak, pergi halau kucing betina tu dulu,” arahku dengan selamba. Muka Aqilah terpamer tidak puas hati.
“Huh! Saja aje umpan aku dengan makanan special kau tu!” kata Aqilah dengan muka cemberut sambil beredar ke ruang tamu. Aku sudah tergelak-gelak. Kesian pulak dengan Aqilah sebab aku buli dia. Heh.
****************************************
“Kenapa ni Qilah? Termengah-mengah aje kau ni?” soalku sambil mengangkat kening. Aku sedang menghidangkan nasi pataya di atas meja. Bau enak itu menyelerakan seleraku pada pagi itu.
“Lia! Kau tengoklah apa yang kucing kau buat!” Aqilah menunjukkan lengannya. Mata aku terbeliak.
“Macam mana boleh kena calar ni? Panjangnya!” Aku segera mencapai lengannya yang bercalar sepanjang 5 sentimeter.
“Kucing kau marah sebab aku halau awek dia!” adu Aqilah. Aku sudah terdiam. Ish, kucing aku ni memang dah kemaruk! Sanggup dia cakar tangan Aqilah! Ish, ish, ish! Apa nak jadilah kucing zaman sekarang ni!
“Jom pergi klinik!” Aku sudah menarik tangan Aqilah. Aqilah terpaksa menurut.
******************************************
“Noor Aqilah Suraya!” Apabila terdengar nama Aqilah dipanggil, aku turut bangun.
“Eh, kau nak pergi mana ni?” soal Aqilah pelik.
“Nak pergi mana lagi? Pergi teman kaulah!” kata aku sambil tersengih.
“Eh, kau ingat aku ni budak kecik ke, nak suruh teman-teman?” Aqilah tidak bersetuju denganku.
“Aku ni kawan baik kau! Mestilah aku temankan kau! Itu pun salah ke?” Aku berasa tidak puas hati.
“Memang salah!”
“Tak salah!”
“Salah!”
“Tak!”
“Ya!”
“Tak!”
“Ehem!” Terhenti seketika perbalahan kami berdua. Serentak, kepala kami ditolehkan ke belakang.
“Kau?!” jerit aku dan lelaki itu. Aqilah terpinga-pinga.
“Oh, awak pemilik klinik ni ke, Ikmal?” soal Aqilah sambil tersengih.
“Ya, ni klinik saya.” Pernyataan Ikmal itu sudah membuatkan mulutku terlopong. Pergh! Muda-muda lagi dah ada klinik. Hebat betul!
“Tutuplah mulut tu. Kau nak kucing masuk dalam mulut kau, baru kau sedar ke?!” sergah Ikmal membuatkan aku terkulat-kulat sendiri. Ceh! Hampeh betul mamat ni! Sesedap mee goreng dia aje nak sergah-sergah aku!
“Qilah! Aku balik dululah!” Aku sudah berura-ura mahu meninggalkan Aqilah dan Ikmal.
“Eh, nantilah dulu!” Aqilah sudah menarik-narik tanganku.
“Apa dia? Tadi kau sendiri yang kata aku tak payah temankan kau!” kata aku sambil menarik muka empat belas.
“Aku ubah fikiranlah pulak. Please, temankan aku!” rayu Aqilah lagi.
“Aku tak nak!” tegas aku lagi.
“Please…”
“Aku cakap aku tak nak kan?” Aku menjegilkan mata kepada Aqilah. Ish, Aqilah ni! Macam tak faham bahasa aje.
“Alah, tolonglah…” Aqilah sudah merengek-rengek. Aku tetap mengeraskan diri.
“Woi! Kawan kau mintak tolong tu! Temankanlah dia! Itu pun susah sangat ke?” Ikmal bersuara sejak sekian lamanya dia mendengar perbalahan kami. Aku menjeling. Ish, sibuk je dia ni!
“Ye la. Ye la. Aku temankan kau!” Aku akhirnya mengalah. Aqilah sudah bersorak riang. Dahiku berkerut. “Aii… tu pun nak suka ke?”
Aqilah tidak menjawab, sebaliknya hanya tersengih.
***********************************************
“Macam mana lengan awak ni boleh calar Aqilah?” soal Ikmal sambil meletakkan ubat ke lengan Aqilah. Aku lihat, muka Aqilah berkerut-kerut menahan rasa sakit. Maafkan daku, kawan!
“Kucing Lia tu haa. Dia marah saya sebab saya halau awek dia,” kata Aqilah sambil mengerling ke arahku yang sedang duduk di atas sofa.
“Iya ke? Ish, tak pasal-pasal awak jadi mangsa ya!” kata Ikmal, seolah-olah menyindir aku. Aku mengetap bibir perlahan. Ada jugaklah yang kena dengan aku nanti.
“Err… tak kena jahitkan?” soal Aqilah, takut-takut.
“Tak. Awak jangan risaulah. Dia punya luka tak berapa dalam sangat. Saya cuma letak ubat aje,” kata Ikmal, membuatkan Aqilah menarik nafas lega.
“Ish, panasnya kat dalam ni! Takde air cond ke?” Sengaja aku mengibas-ngibas tudung yang sedang dipakai.
“Heh! Kau tu yang banyak dosa! Memanglah panas!” sindir Ikmal, memulangkan paku buah keras. Mukaku sudah terasa merah padam. Tak guna betul mamat ni!
“Dah sudah ke belum ni Qilah? Tak tahanlah duduk sini! Eeii… banyak habuk!” Sengaja aku buat terbersin. Konon-kononnya aku menghidapi asma, padahal tak ada pun!
“Eh helo! Aku bersihkan bilik aku ni setiap hari tau! Setiap kali aku datang bilik aku ni, pasti aku sapu lantai, kemas barang atas meja dan banyak lagilah! Kau tengok, tersusun kemas je fail-fail tu kat tempat dia!” kata Ikmal membuatkan aku meluat. Eleh! Menyampah aku dengar!
“Hii… cepatlah sapu ubat!”
“Dah sudahlah onyang!” kata Ikmal membuatkan aku geram.
“Aqilah! Jomlah balik!” Aku sudah bangun meninggalkannya. Aqilah terkial-kial membuntuti aku. Sebelum dia meninggalkan bilik Ikmal, Aqilah sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.
‘Hai… berbeza betul dengan kawan baik dia. Tak macam minah sewel tu. Kasar! Tapi comel jugak…’ bisik hati Ikmal sendirian.
*******************************************
“Kau ni asyik masam aje muka. Marahkan aku lagi ke, atau… kau marahkan Ikmal?” Aqilah mengangkat keningnya.
“Geram tau dengan dia! Muka aje hensem, tapi perangai macam hampeh! Memang padanlah tu aku panggil dia mamat hampeh!” kata aku pula. Fuh! Terlepas segala beban di bahu apabila aku meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati.
“Ha’ahkan. Dia tu hensem jugak! Tak puas aku pandang muka dia,” kata Aqilah sambil tersengih-sengih. Aku menjeling.
“Jangan nak gatal-gatal sini!” Aku memberi amaran.
“Kau jealous!” Aqilah tersenyum nakal.
“Eh, takde faedahlah aku nak jealous kat kau. Tolonglah!” Aku julingkan mata ke atas. Aqilah mencebik.
“You’re too egoistic!”
“Sejak bila pulak aku ego?” Aku mengangkat kening.
“Yela. Dah kau suka kat orang sebelah tu, kau masih tak nak mengaku. Itu namanya ego!” jawab Aqilah pula. Aku tidak menjawab kata-katanya. Ah, merepek aje!
***************************************
“Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku…”
Sempat aku menyanyikan lagu Cinta Muka Buku, nyanyian Najwa Latif. Sememangnya aku amat gemar mendengar lagu itu. Suara pun bukan kemain lagi sedapnya.
“Uii yaii… sedapnya orang sebelah tu nyanyi!” perli Ikmal sambil menjeling ke arahku. Aku mencebikkan bibir geram.
“Hoi orang sebelah! Orang di sini tak suka orang sebelah tu menyibuk kat sini. Lebih baik orang sebelah pergi dari sini, kalau tak, orang di sini akan simbah orang sebelah,” kata aku sambil menjeling tajam Ikmal. Nasib baik ada tembok yang memisahkan kami berdua, kalau tak, tak tahulah Ikmal tu masih selamat atau pun tak.
“Eleh! Ada hati orang sebelah tu nak simbah orang di sini!” Ikmal sudah tergelak sinis. Argh! Sakitnya telinga aku!
Belum sempat aku mahu membalas, aku terasa badanku disiram sesuatu. Basah kuyup semacam. Aku menolehkan kepala.
“Ikmaaalllll!!!!!!” jerit aku kuat apabila menyedari Ikmal telah menyimbah tubuh badanku dengan air paipnya. Tak guna betul mamat hampeh ni!
*******************************************
“Eh, badan kau kenapa basah ni?” soal Aqilah, sewaktu dia bertembung denganku. Aku menarik muka empat belas.
“Mamat hampeh tulah!”
“Ya ALLAH… korang ni asyik-asyik bergaduh. Macam takde kerja lain aje!” Aqilah membebel.
“Aqilah! Aku tensionlah duduk kat sini. Aku nak balik kampung akulah!” kataku sambil mengusik-ngusik rambutku yang basah.
“Hah? Takkan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini? Boringlah aku nanti!” Aqilah mengerutkan dahinya.
“Itu takde masalah! Kita pindah ke kampung aku. Kat situ, ada butik milik mak aku. Bulan lepas baru siap. Haa… sekarang ni, mak aku tengah carik pekerja baru. Apa kata, kita ambik peluang ni?” cadangku bersahaja. Aqilah kelihatan berminat.
“Wau! Okey jugak tu!”
“Okey. Minggu depan kita bekerja kat sana.” Aku sudah tersenyum.
“Tapi, bos kita kasi ke?” soal Aqilah risau.
“No worry. Pasti kasi punya!” Aku memberi keyakinan kepada Aqilah.
“Macam mana kau tau?” Aqilah angkat keningnya.
“Ah, kau jangan banyak tanyalah! Aku tahulah macam mana nak settle hal ni!” kata aku lagi.
“Okey.”
*****************************************************
“Qilah, orang kat sebelah kita ni macam takde kat rumah aje? Dia pergi mana?” soalku, apabila tiba-tiba teringatkan mamat hampeh tu.
“Hmm… tak silap aku, dia pergi ke luar negara selama dua minggu,” jawab Aqilah.
“Hah? Pergi ke luar negara? Buat apa?” Aku terperanjat besar.
“Kerja. Biasalah, doktor!” balas Aqilah, acuh tidak acuh. Aku sudah tidak menjawab. Hmm… kenapa aku rasa kosong erk bila dia takde kat sini? Ah! Apa yang aku merepek ni?
“Barang kau tu dah siapkan ke belum?” soalku apabila ternampak Aqilah masih berlengah-lengah lagi.
“Dah. Ada dekat depan pintu tu. Dah siapkan? Jomlah kita pergi.” Kaki Aqilah menuju ke pintu bersamaku. Kemudian, pintu itu dikunci. Aku melangkah ke kereta Kancil. Sempat aku melihat rumahku yang bakal kutinggalkan. Rumah… aku tak akan pernah lupakan kau. Aku sayangkan kau rumah!
“Woi! Dah-dahlah tu nak jiwang-jiwang sini!” tegur Aqilah sambil menepuk bahuku. Aku tersentak. Tercantas terus lamunanku.
“Okey. Jom.”
“Eh, kejap, kejap!”
“Apa dia?” Keningku berkerut.
“Kau tunggu sini kejap,” kata Aqilah lalu menuju ke rumah sebelah. Aku lihat dia sedang mengetuk pintu, dan muncul kawan baik Ikmal, Saiful. Ish… apa yang Aqilah ni borak-borak dengan Epul ni? Siap bagi surat lagi!
“Woi Qilah! Kau ni tengah bercintun dengan Epul eh?” tebak aku penuh curiga selepas Aqilah datang semula kepadaku.
Aqilah hanya tersengih.
“Ooo… patutlah selalu jeling-jeling kat sebelah bila nak sidai kain!” Aku memerlinya. Aqilah hanya menjelirkan lidahnya.
“Eh, kucing pun kau nak bawak jugak ke?” soal Aqilah.
“Mestilah! Kucing kesayangan aku ni beb!” balas aku pula.
“Tapi dia macam tak nak tinggalkan aje tempat ni. Kau tengoklah, kucing kau siap bercintan-cintun dengan awek dia. Fuh! Jiwang beb!” kata Aqilah sambil tergelak-gelak. Aku hanya mendiamkan diri. Leka memandang dua ekor kucing yang berada di depan mataku. Ish, sedihlah tu nak tinggalkan awek dia!
*******************************************
“Weh, aku tengok orang kat sebelah kita ni macam dah pindah rumah aje? Rumah nampak macam gelap. Kereta pun takde!” Ikmal duduk di atas sofa sambil memicit-micit tengkuknya. Urgh.. sememangnya perjalanan yang memakan masa selama 6 jam tadi amat memenatkan baginya yang baru sahaja pulang ke luar negara.
“Ha’ah. Memang diorang dah pindah pun,” kata Saiful selamba.
“Hah! Serius ke Pul?” soal Ikmal dengan nada yang terkejut.
“Buat apa aku nak tipu. Ni, buktinya!” kata Saiful lalu menghulurkan Ikmal sehelai kertas. Ikmal terus membaca.
Dear Ikmal,
Kalau awak ada perkara yang nak cakap, call me at this number. 012-45****. (Kami berdua dah pindah rumah!) Nak tanya pasal Emilia pun boleh!
Truly from,
Aqilah
“Bila diorang pindah ni Pul?” Ikmal terasa kepalanya berpusing. Hidupnya terasa tidak menentu apabila mendengar khabar itu.
“Lebih kurang dua jam yang lepas,” jawab Saiful.
“Haa… kau tanya aku ni mesti kau rasa sedih sebab diorang pindah kan? Fuyooo… Ikmal dah syok dengan Emilia!” usik Saiful. Ikmal hanya mendiamkan dirinya. Entah kenapa hidupnya terasa gelap.
“Pul, handphone aku mana?”
“Tu!” Mulut Saiful dimuncungkan ke arah meja yang bersaiz sederhana itu. Ikmal mencapai lemah handphonenya. Dia ingin menelefon Aqilah. Beberapa saat, talian sudah disambungkan.
“Helo, Aqilah.”
“Ye, helo.”
“Awak kat mana ni?”
“Encik Ikmal ke ni?”
“Ye, saya.”
“Saya kat kampung Lia ni.”
“Awak buat apa kat sana?”
“Saya tinggal kat sana dengan Lia. Kenapa Encik Ikmal?”
“Apa alamatnya?” soal Ikmal tiba-tiba.
“Hah? Nak buat apa?” Aqilah terkejut.
“Saya nak datang sana!”
“Kenapa pulak?”
“Just give me the adress!” Keras suara Ikmal. Kelam-kabut Aqilah memberi alamat kampung aku kepada Ikmal.
“Aqilah, terima kasih sebab tolong saya. Jangan kata kat Emilia yang saya nak datang ke kampung dia,” kata Ikmal. Aqilah terpinga-pinga.
“Err… okey.” Talian terus dimatikan.
******************************************
DING DONG! DING DONG!
Bunyi loceng di pintu menyentakkan hati Ikmal. Pantas dia bangkit lalu menuju ke pintu rumahnya. Apabila dia membuka pintu itu, matanya sudah terbeliak besar.
“Mama!”
*******************************************
“Mama datang sini nak jodohkan kamu dengan gadis pilihan mama!” kata Datin Kirana sambil menghirup kopi.
“Ma… tak boleh ke bagi Mal peluang? Mal belum bersedia lagilah!” Ikmal sudah berpeluh apabila mendengar kata-kata mamanya.
“No kompromi! Mama tetap dengan keputusan mama!” kata Datin Kirana tegas. Ikmal mengeluh perlahan. Nampaknya, tak jadilah aku pergi ke rumah Emilia.
“Kalau kamu tak pasti lagi, tengok aje gambar ni. Manalah tahu kamu berkenan nanti!” kata Datin Kirana sambil menghulurkan sekeping gambar kepad Ikmal. Ikmal menyambutnya.
“Macam mana? Okey tak?” soal Datin Kirana. Ikmal diam tidak menjawab. Dirinya seperti di awangan.
“Ma, Mal setuju!” kata Ikmal ceria.
‘Aii… kena sampuk agaknya budak ni!’ desis Datin Kirana dalam hati.
******************************************
“Apa ni mak, paksa-paksa orang. Lia ni masih muda tau! Lia masih belum bersedia nak kahwin. Suruhlah Aqilah tu kahwin!” kata aku sambil memuncungkan mulut.
“Ewah! Banyak cantik muka kau!” Aqilah menjegilkan matanya kepadaku.
“Umur kamu dah nak masuk 25 tahun. Hah! Sesuai sangatlah tu nak kahwin!” kata mak aku, Puan Esah binti Malik.
“Tapi, mak…” Aku masih cuba mahu membantah.
“Minggu depan jugak kamu kahwin!” kata mak, membuatkan aku mahu terasa pengsan.
“Ya ALLAH, mak… cepatnya! Persediaan nak kahwin pun belum tersedia, macam mana nak kahwin?”
“Itu kamu jangan risau. Sebenarnya mak dah sediakan semuanya dari bulan lepas lagi!” Terbeliak mata aku mendengar kata-kata mak aku tu. Ish, biar betul mak aku ni!
***********************************************
Dengan sekali lafaz sahaja, aku sudah menjadi isteri orang. Aku terasa ingin menitiskan air mata, namun cepat-cepat aku tahan kerana takut orang terperasankan air mataku nanti.
“Salam tangan suami kamu tu!” arah mak tegas. Lamunanku tercantas. Segera aku mencapai tangannya, lalu dikucupnya penuh kudus. Si dia yang sudah bergelar sebagai suamiku membalas dengan mengucup di dahiku. Aku mengangkat kepala untuk melihat wajahnya. Mata aku terbeliak. Ikmal?!
***********************************************
“Kenapa awak tak cakap yang saya jadi isteri awak?” soal aku sambil berpeluk tubuh. Ceh! Patutlah dia tak nak jumpa aku walau sekali pun!
“Marah ke sayang?” soal Ikmal lalu memeluk tubuhku dari belakang. Bulu romaku terasa menegak.
“Apa ni Ikmal? Lepaskan sayalah! Awak ni menyeramkan tau tak!” Aku sudah gelisah bersamanya.
“Hmm… kalau abang tak nak?” duganya sambil mengucup tengkukku. Menggeletar tubuhku dibuatnya.
“Awak jangan mulakannya Ikmal! Kalau tak, saya backhand awak nanti!” ugut aku. Ikmal ketawa, seolah-olah tidak takut dengan ugutanku.
“Ish, dah kahwin dengan abang pun masih garang.” Ikmal tersengih.
“Sayang nak anak berapa nanti?” soal Ikmal gatal.
“Eh, belum apa-apa lagi dah fikir pasal anak!” Aku menjelingnya. Ish, gatal tak kena tempat!
“Sayang, jom!” ajak Ikmal sambil menarik nakal tubuhku.
“Ish, tak sukalah dengan awak ni!” jerit aku sambil memukul-mukul dada bidangnya. Dan, entah bagaimana kami boleh terpandangkan dua ekor kucing yang sedang bermadu kasih di atas katil kami. Eh, sejak bila pulak Tompok dengan awek dia ni masuk dalam bilik aku?!
“Macam mana pulak Tiara boleh masuk dalam bilik kita ni sayang?” soal Ikmal hairan.
“Kucing betina tu abang punya ke?” soal aku, tanpa sengaja memanggilnya abang. Mata Ikmal tidak berkelip memandangku.
“Ha’ah. Kucing abang,” kata Ikmal. Aku sudah tersenyum sumbing.
“Abang namakan kucing abang, Tiara? Hahah! Abang ni macam perempuan!” kata aku, lebih tepat memerli.
“Apa sayang cakap? Nak kena dengan abang ni!” Ikmal sudah menggeletek pinggangku. Aku terjerit-jerit manja.
“Okey, okey. Lia give up.” Aku sudah mengalah. Automatik, tangan Ikmal terhenti menggeletek pinggangku. Kini, dia memeluk pula pinggangku. Aku tersenyum. Heh, tak sangka pulak yang suami aku ni romantik!
“Tapi kan bang… kita yang bercinta atau kucing kita ni?” soalku sambil memandang wajah Ikmal. Ikmal tersenyum lalu mengucup pipiku.
“Kalau dua-dua?” Mendengar kata-katanya, aku sudah tergelak.
Memang benarlah kata Aqilah. Kalau dulu aku asyik mengadu dengan Aqilah yang aku bencikan dia, sekarang aku seperti dilamun cinta dengannya. Oh Tuhan! Aku betul-betul cintakan Ikmal!